KOTA SAMARAHAN: – Tiga pelajar daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) teruja setelah mendaftar kursus di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak.

Abdul Qaiyum Muhammad (Bachelor of Digital Science-Cybersecurity and Forensics), Wee Chee Hung (Bachelor of Digital Science-Computer Science), dan Awangku Muhammad Adri Hizamuddin Pengiran Zainal Abidin (Bachelor of Science-Mathematics) bersyukur dapat meningkatkan pengetahuan, pendedahan dan pengalaman menerusi program pertukaran pelajar.

“UNIMAS menjadi pilihan kerana selain (Malaysia) negara jiran terdekat, terdapat pelbagai kursus menarik yang ditawarkan bersesuaian bidang yang kami ambil sekarang. Tidak sabar rasanya untuk meneroka pengalaman sesi pembelajaran bersama pensyarah FSKTM disamping dapat mempelajari ilmu baharu yang tidak diperoleh di UBD”, ujar Qaiyum.

“Pertama kali belajar di luar negara membuatkan saya teruja kerana saya dapat berinteraksi dan menjalinkan persahabatan dengan pelajar tempatan yang mempunyai pelbagai dialek, memahami budaya dan sejarah penduduk tempatan,” ujar Adri.

Program pertukaran pelajar diharap menjadi platform untuk menimba ilmu baharu, bertukar pandangan dan secara tidak langsung mempromosikan kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh kedua-dua buah negara.

image_printPrint Article/Press Release