Big Data Competency Centres
Pusat Kompetensi ‘Big Data’ ini adalah usaha sama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Prestariang Berhad untuk menyediakan sebuah platform untuk melatih, memupuk dan menggalakkan bakat-bakat tempatan supaya menyokong dan menguatkan pertumbuhan global industri ‘Big Data’. Inisiatif ini diwujudkan untuk menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk melatih dan memupuk lebih ramai saintis data di Malaysia untuk mempelopori pembangunan negara ini ke arah ekonomi berdasarkan data.
Pusat Kompetensi ‘Big Data’ di 4 universiti dan 1 politeknik di Malaysia iaitu Universiti Utara Malaysia, Kedah (UUM), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (USM), Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak (UNIMAS) dan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS).
Info :www.prestariang.com.my







